LIQA ISTIFADAH SIRI 7 BERSAMA DR RIDZWAN BAKAR

MADINAH, 25 Januari 2020-
Alhamdulillah PERSADA Madinah 19/20 telah mengadakan Liqa’ Istifadah bersama Dr. Ridzwan Bakar. Beliau sekarang bertugas sebagai pensyarah di Universiti Multimedia. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Pusat Wakaf MAIWP.

Beliau memulakan pengisian dengan pengenalan sistem wakaf,pembahagiannya dan kepentingannya kepada umat Islam. Sejarah bermulanya
sistem wakaf bermula ketika pembinaan Masjid Quba’ dan ada yang berpendapat ianya bermula dengan Masjid
Nabawi.

Isu wakaf tidak disebut
secara khusus dalam Al-Quran,akan tetapi di dalam Al-Quran banyak disebut mengenai infak dan sedekah. Contohnya pada surah Ali-‘Imran ayat 133-134.
Terdapat ilmuwan yang mendefinisikan wakaf ialah sebahagian daripada sedekah.

Seterusnya, wakaf terbahagi kepada dua iaitu am dan khas.

Wakaf am ialah harta yang diwakafkan untuk tujuan kebajikan Islam semata-mata tanpa ditentukan tujuan yang khusus.

Manakala wakaf khas ialah harta yang diwakafkan untuk tujuan tertentu seperti membina masjid, sekolah agama dan sebagainya.

Terdapat juga jenis wakaf seperti wakaf tunai, wakaf saham, wakaf bertempoh, wakaf ahli, wakaf musytarak dan lain-lain.

Terdapat satu kaedah yang dinamakan kaedah wakaf kooperatif yang bertujuan untuk membantu masyarakat dalam menjana pendapatan.

Kemudian beliau berkongsi pengalaman sepanjang beliau bergiat aktif dalam memperkasakan sistem wakaf di dalam dan luar negara. Beliau memberitahu di Istanbul terdapat 28 buah universiti dan beberapa hospital wakaf.

Pelaksanaan sistem wakaf di Malaysia
berbeza dengan
negara-negara lain. Undang-undang di negara kita menyatakan mana-mana
harta yang hendak diwakafkan hendaklah diserahkan
kepada Majlis Agama Islam.

Sistem wakaf di Malaysia masih kurang diamalkan disebabkan masyarakat masih kurang memahaminya.

Oleh itu, pihak yang mempunyai keahlian perlu banyakkan memberi pendedahan, penerangan serta promosi kepada masyarakat.

Beliau turut menyeru semua pelajar dalam apa jua bidang agama untuk mempromosi zakat, infak dan wakaf. Harapan beliau agar pelaksanaan sistem wakaf di Malaysia lebih aktif.

Oleh itu, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelajar yang sudi meluangkan masa untuk hadir dalam pertemuan kali ini. Moga-moga dengan pengisian yang telah disampaikan dapat memberi maklumat-maklumat tambahan kepada hadirin.

“Membentuk Mahasiswa Berilmu”

Sumber :
Nik Muhammad Nazir Ramli
(Exco Ekonomi 19/20) #BEK

Pautan galeri: https://www.facebook.com/100004541043572/posts/1368593389968683/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *