LIQA ISTIFADAH SIRI 8 BERSAMA PROF. MUHD KAMIL IBRAHIM

30 Januari 2020 , Madinah al-Munawwarah : PERSADA Madinah 19/20 telah mengadakan Liqa’ Istifadah bersama Prof. Muhd Kamil Ibrahim. Beliau merupakan bekas Professor Perakaunan di Universiti Taibah, Madinah dan sekarang berkhidmat di UniKL Business School. Beliau banyak menulis artikel dan telah menulis lebih dari 15 buku akademik dan buku umum.

Liqa’ ini berperanan sebagai pencetus semangat dan menjadi motivasi kepada pelajar-pelajar Madinah untuk terus tekun dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu.

Beliau sempat memberi sedikit perkongsian ringkas kepada pelajar-pelajar yang hadir, beliau menyeru agar kita memanfaatkan sepenuhnya masa yang ada dengan perkara-perkara yang berfaedah kerana dunia ini sifatnya sementara sahaja dan tidak kekal selamanya.

Selain itu, beliau juga berpesan supaya kita semua hendaklah sentiasa melazimi solat jemaah di masjid dan sentiasa solat di awal waktu kerana itu merupakan kunci sesebuah kejayaan bagi umat Islam.

Akhir sekali, beliau menyeru kepada semua pelajar agar belajar bersungguh-sungguh dan tekun dalam setiap pelajaran kerana kita semua merupakan pengganti kepada para ilmuwan pada masa akan datang.

Oleh itu, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar yang sudi meluangkan masa untuk hadir dalam pertemuan kali ini. Moga-moga dengan pengisian yang telah disampaikan dapat menjadi batu loncatan kepada para pelajar untuk lebih bersemangat dalam memantapkan penguasaan ilmu.

”Membentuk Mahasiswa Berilmu”

Sumber : Pimpinan PERSADA Cawangan Madinah 19/20

Pautan:
https://www.facebook.com/100004541043572/posts/1371146413046714/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *