Perlembagaan PERSADA

BAB 1 : PENGENALAN PERSATUAN

FASAL 1 : NAMA
1.1 Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi (PERSADA) Cawangan Madinah

FASAL 2 : BAHASA

2.1 Bahasa Melayu

FASAL 3 : MOTTO

3.1 “Membentuk Mahasiswa Berilmu”

FASAL 4 : LOGO

4.1 Rujuk Lampiran A

FASAL 5 : ALAMAT

5.1 P.O Box 10255, 41433 Madinah, Arab Saudi

FASAL 6 : PENAUNG DAN PENASIHAT

6.1 Penaung : i) Konsulat Jeneral Malaysia, Jeddah, Arab Saudi.

6.2 Penasihat : i) Seorang atau beberapa mahasiswa daripada ahli PERSADA Madinah.

BAB 2 : DASAR DAN PERGERAKAN PERSADA MADINAH

FASAL 7 : DASAR
7.1 Dasar PERSADA Madinah ialah Al-Quran dan Sunnah dalam perjuangan meningkatkan kualiti pelajaran, dakwah, perhubungan yang berbentuk Islam dan memelihara nama baik negara Malaysia.


FASAL 8 : PERGERAKAN
8.1 Menerangkan pengertian islam yang sebenarnya menurut Al-Quran dan Sunnah.
8.2 Mengadakan program, aktiviti dan lawatan muhibbah dengan semua pihak.
8.3 Memberi kerjasama yang sewajarnya dengan semua pihak.
8.4 Mewujudkan dan menjalinkan hubungan silaturrahim dengan semua pihak.
8.5 PERSADA Madinah tidak melibatkan diri dengan mana-mana parti politik.
8.6 PERSADA Madinah akan menjalankan kegiatannya berpandukan apa yang termaktub dalam perlembagaan ini.

BAB 3 : KEAHLIAN, HAK DAN TANGGUNGJAWAB

FASAL 9 : KEAHLIAN

9.1 Keahlian PERSADA Madinah hanya kepada mahasiswa yang berdaftar di institusi-institusi pengajian di Madinah.

FASAL 10 : HAK AHLI

10.1 Setiap ahli berhak menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) dan berhak bercakap serta mengusulkan sesuatu mengikut apa yang termaktub dalam perlembagaan dengan keizinan pengerusi MAT.

10.2 Ahli berhak dilantik untuk sebarang jawatan.

10.3 Ahli yang pengajiannya hanya berbaki dua semester tidak layak dicalonkan untuk jawatan MT & Exco PERSADA Madinah.

10.4 Berhak menarik diri daripada keahlian PERSADA Madinah dengan alasan yang munasabah setelah dipertimbangkan mesyuarat AJK BP serta melunaskan tuntutan kewangan jika ada.

10.5 Berhak memberi sebarang cadangan, kritikan dan pandangan terhadap PERSADA Madinah.

10.6 Menerima apa jua peruntukan yang ditetapkan dalam polisi-polisi PERSADA Madinah.

10.7 Ahli yang telah dilantik menjadi AJK BP selama dua tahun berturut-turut layak menarik diri daripada pencalonan AJK BP.

10.8 Ahli-ahli baru PERSADA Madinah yang belum mencukupi keahliannya selama 3 bulan hanya layak menjadi pemerhati MAT tanpa berhak bersuara atau mengundi.

10.9 Ahli yang tidak membayar yuran PERSADA Madinah hanya layak menjadi pemerhati MAT tanpa berhak bersuara atau mengundi.

10.10 Ahli yang tidak membayar yuran akan hilang keistimewaan ahli.

FASAL 11 : TANGGUNGJAWAB AHLI

11.1 Patuh kepada perlembagaan PERSADA Madinah.

11.2 Bekerjasama dengan AJK BP dan AJK Badan bagi memajukan PERSADA Madinah.

11.3 Menjelaskan yuran mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh pentadbiran PERSADA Madinah.

11.4 Bersedia menerima sebarang tindakan yang ditetapkan oleh pentadbiran PERSADA Madinah jika disabit melakukan kesalahan.

FASAL 12 : HILANG KEAHLIAN

12.1 Tidak membayar yuran selama tiga tahun berturut-turut tanpa alasan yang munasabah mengikut pertimbangan AJK BP.

12.2 Dipecat daripada menjadi ahli PERSADA Madinah jika didapati mencemarkan nama baik PERSADA Madinah.

12.3 Meninggal dunia.

BAB 4 : PENTADBIRAN PERSADA MADINAH

FASAL 13 : PENTADBIRAN

13.1 Pentadbiran PERSADA Madinah dikendalikan :

i) Mesyuarat Agung Tahunan

ii) Mesyuarat Majlis Tertinggi

iii) Mesyuarat AJK BP

iv) Mesyuarat Tergempar

BAB 5 : MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

FASAL 14 : PERJALANAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT)

14.1 MAT hendaklah diadakan setahun sekali.

14.2 MAT hanya boleh dilangsungkan setelah 11 bulan daripada tarikh pelantikan AJK BP sesi tersebut.

14.3 Korum MAT ialah 1/2 daripada jumlah ahli PERSADA Madinah.

14.4 Sekiranya MAT tidak mencukupi korum, keputusan untuk meneruskan MAT sesi tersebut bergantung kepada AJK BP dan segala yang diputuskan dalam MAT tersebut dikira sah sekiranya berlangsung.

FASAL 15 : KUASA

15.1 Melantik pengerusi MAT serta dua orang pencatat minit mesyuarat dan dua orang pembilang undi.

15.2 Menolak atau mengesahkan laporan tahunan yang dibentangkan oleh AJK BP.

15.3 Menolak atau mengesahkan penyata kewangan yang dibentangkan oleh AJK BP.

15.4 Menetapkan sesuatu ketetapan yang bersangkut paut dengan PERSADA Madinah.

15.5 Meminda atau menambah atau menggubal perlembagaan PERSADA Madinah dengan persetujuan melebihi 1/2 ahli mesyuarat.

FASAL 16 : KAEDAH PEMILIHAN AJK BP

16.1. Pemilihan MT ditentukan oleh Majlis Syura setelah melalui proses pencalonan.

16.2. Kaedah pemilihan Exco ditentukan sepenuhnya oleh SPR.

BAB 6 : MESYUARAT AJK BP

FASAL 17 : ANGGOTA

I. Yang Dipertua

II. Timbalan Yang Dipertua

III. Setiausaha Agung

IV. Bendahari Kehormat

V. Exco Badan Kepimpinan & Dakwah

VI. Exco Badan Akademik & Sahsiah

VII. Exco Badan Penerangan & Penerbitan

VIII. Exco Badan Pendataan & Aset

IX. Exco Badan Kebajikan & Penempatan

X. Exco Badan Ekonomi

XI. Exco Badan Sukan & Kesenian

FASAL 18 : PERJALANAN MESYUARAT AJK BP

18.1 Boleh diadakan pada bila-bila masa, sekurang kurangnya 5 kali setahun.

18.2 Korum mesyuarat mestilah 2/3 daripada jumlah AJK BP.

FASAL 19 : BIDANG KUASA MESYUARAT AJK BP

19.1 Melantik penaung dan penasihat.

19.2 Menjalankan ketetapan yang diluluskan oleh AJK BP.

19.3. Menerima keanggotaan baru dan memecat ahli.

19.4. Menasihati ahli jika ia memburukkan nama ahli PERSADA Madinah dan tidak menjelaskan tuntutan kewangan yang telah ditetapkan. Sekiranya ia enggan mematuhi nasihat tersebut, maka AJK BP berhak memecat keahliannya.

19.5 Berhak melucut jawatan AJK BP jika ia gagal menghadiri mesyuarat AJK BP selama 3 kali berturut-turut tanpa alasan yang munasabah.

19.6 Berhak menjemput penaung, penasihat, AJK Badan, dan ahli PERSADA Madinah untuk menghadiri mesyuarat.

19.7 Melantik pemangku Exco bagi mana-mana badan jika berlaku kekosongan, seterusnya menyerahkan kuasa kepada SPR bagi menguruskan pencalonan baru untuk jawatan tersebut.

19.8 Berhak meminda atau menambah atau menggubal polisi-polisi PERSADA Madinah.

FASAL 20 : BIDANG KUASA AJK BP

20.1 : Yang Dipertua

1. Menjadi ketua dan bertanggungjawab secara langsung ke atas perjalanan badan AJK BP.

2. Menentukan tarikh mesyuarat Majlis Tertingi PERSADA Madinah dan mesyuarat AJK BP PERSADA Madinah, memanggil ahli mesyuarat serta menjadi pengerusi dalam mesyuarat tersebut.

3. Mengadakan MAT, mesyuarat AJK BP, dan mesyuarat tergempar.

4. Bertindak sebagai mandub Malaysia.

5. Berhak memberi kenyataan umum bagi pihak PERSADA Madinah dan AJK BP.

6. Menandatangani dokumen-dokumen berkenaan yang berada di bawah tanggungjawab PERSADA Madinah.

20.2 : Timbalan Yang Dipertua

1. Membantu YDP dalam menjalankan tugasnya.

2. Menggantikan YDP dan mengambil alih tugasnya jika berlaku keuzuran dan kekosongan.

3. Bertanggungjawab memantau kebajikan, integrasi, dan ukhuwwah dalam kalangan ahli.

4. Menjadi pengurus perhubungan rasmi PERSADA Madinah.

5. Bertanggungjawab mengadakan lawatan diplomasi dan program ziarah tempat-tempat tertentu.

20.3 : SETIAUSAHA AGUNG

1. Menjadi ketua tadbir di bawah YDP.

2. Menetapkan masa dan tempat mesyuarat serta menyediakan minit-minit mesyuarat dan mengedarkannya mengikut persetujuan YDP.

3. Menyediakan laporan tahunan dan kewangan badan pentadbirannya termasuk YDP.

4. Berhak memberi kenyataan umum bagi pihak PERSADA Madinah dengan persetujuan YDP.

5. Mengadakan dan menyimpan senarai maklumat keahlian dan segala urusan yang berkaitan dengan PERSADA Madinah.

6. Bertanggungjawab terhadap urusan surat-menyurat di antara PERSADA Madinah dengan pihak luar.

7. Berhak memantau segala perjalanan program yang telah dirancang untuk setahun dan bertindak sebagai pencadang bagi sebarang pertukaran dan penggabungan program.

8. Menjadi pemerhati bebas setiap badan AJK BP.

20.4 : BENDAHARI

1. Menyimpan wang PERSADA Madinah dan bertanggungjawab keatas kiraan keluar dan masuk kewangan PERSADA Madinah.

2. Menandatangani semua perkara keluar-masuk kewangan PERSADA Madinah jika ketiadaan YDP dan Setiausaha atau mendapat persetujuan daripada mereka.

3. Menyediakan laporan umum kewangan PERSADA Madinah dengan ditandatangani oleh pemeriksa kira-kira untuk dibentangkan di dalam MAT.

4. Bertanggungjawab menambah kewangan PERSADA Madinah.

5. Tidak boleh mengeluarkan wang lebih daripada 150 Riyal Saudi atau Ringgit Malaysia kecuali setelah mendapat persetujuan Mesyuarat MT.

7. Tidak boleh mengeluarkan wang kepada badan-badan yang telah kehabisan peruntukan kecuali setelah diluluskan oleh Mesyuarat MT.

8. Berhak menyimpan wang tunai PERSADA Madinah dalam tangan sebanyak 300 Riyal Saudi.

9. Memungut yuran ahli.

10. Membawa tuntutan kewangan yang tidak dijelaskan oleh ahli kepada Mesyuarat AJK BP untuk tindakan selanjutnya.

20.5 : EXCO KEPIMPINAN & DAKWAH

1. Berperanan mengurus program bertujuan dakwah dan kepimpinan 2. Menghidupkan aktiviti kerohanian dan tarbiyah untuk mahasiswa 3 Menyebarluaskan manhaj dan kefahaman Islam dengan baik 4 Mengatur liqa dengan asatizah Malaysia bertujuan taujihat dakwah

20.6 : EXCO AKADEMIK & SAHSIAH

1. Membantu urusan mahasiswa berkaitan akademik 2. Menyemarakkan budaya ilmu dalam kalangan mahasiswa 3. Mewujudkan medium untuk meningkatkan prestasi akademik ahli 4. Bertanggungjawab menyediakan aktiviti pembentukan sahsiah

20.7 : EXCO PENERANGAN & PENERBITAN

1. Bertindak sebagai lidah rasmi persatuan 2. Menyelenggara hasil kajian dan hak ilmiah persatuan 3 Menyediakan aktiviti berkaitan kemahiran Multimedia 4 Menyelia urusan-urusan berkaitan dengan penerbitan

20.8 : EXCO PENDATAAN & ASET

1. Mengemaskini dan mendokumentasi data ahli 2. Membantu melicinkan urusan tiket pulang ahli 3. Bertanggungjawab dalam mengemaskini dan menyelenggara asset 4. Menguruskan hal ehwal mahasiswa baru Madinah

20.9 : EXCO KEBAJIKAN & PENEMPATAN

1. Bertanggungjawab ke atas kebajikan ahli 2. Mewujudkan tabung khas kebajikan ketika perlu 3. Bertanggungjawab mengurus hal ehwal penempatan 4. Bertindak merangka polisi kebajikan persatuan

20.10 : EXCO EKONOMI

1. Membantu menjana kewangan persatuan

2. Mengambil tender program atau menguruskannya

3. Bersedia membantu badan lain dalam hal yang berkaitan.

4. Mengadakan jualan pada program-program tertentu

20.11 : EXCO SUKAN & KESENIAN

1. Bertanggungjawab ke atas kegiatan yang berkaitan dengan sukan dan kesenian 2. Bertanggungjawab ke atas peralatan sukan milik persatuan 3. Memberi kesedaran terhadap ahli tentang penjagaan jasmani 4. Menggerakkan aktiviti yang merapatkan ukhuwwah sesama ahli

FASAL 21 : PENAUNG

21.1 Dilantik oleh mesyuarat AJK BP.

21.2 Menjadi pelindung PERSADA Madinah.

21.2 Bertanggungjawab menyelesaikan masalah ahli PERSADA Madinah jika gagal diselesaikan oleh pentadbiran PERSADA Madinah.

21.3 Menjadi wakil kerajaan Malaysia bagi pihak PERSADA Madinah.

FASAL 22 : PENASIHAT

22.1 Dilantik oleh mesyuarat AJK BP.

22.2 Menasihati pentadbiran PERSADA Madinah dalam menjalankan kegiatannya.

22.3 Bertanggungjawab menyelesaikan masalah ahli PERSADA Madinah jika gagal diselesaikan oleh pentadbiran PERSADA Madinah.

FASAL 23 : SURUHANJAYA PILIHAN RAYA

23.1 Dilantik oleh mesyuarat MT PERSADA Madinah.

23.2 Hendaklah dibentuk apabila pemilihan baru akan diadakan.

23.3 SPR adalah badan berkecuali yang terdiri daripada pihak yang tidak layak dicalonkan dan tidak layak mencalonkan.

23.4 Bertanggungjawab keatas proses pemilihan pimpinan.

23.5 Mengadakan malam khas untuk penerangan pergerakan SPR pada tahun tersebut.

FASAL 24 : MAJLIS SYURA

24.1 Terbentuk secara rasmi sebaik sahaja SPR dilantik dan terbubar setelah MAT selesai.

24.2 Terdiri daripada penasihat, Majlis Tertinggi, mantan-mantan YDP, dan mahasiswa dirasat ‘ulya.

24.3 Ketua Majlis Syura dilantik melalui persetujuan mesyuarat Majlis Syura.

24.4 Berfungsi sebagai badan pemutus pemilihan MT.

24.5 Berhak memanggil mana-mana wakil batch dan calon-calon untuk menyempurnakan proses syura.

FASAL 25 : PEMERIKSA KIRA-KIRA

25.1 Memeriksa dan mengesahkan laporan kewangan Bendahari untuk dibentangkan ke Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat AJK BP.

25.2 Memeriksa kira-kira kewangan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.

BAB 7 : MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI

FASAL 26 : KEANGGOTAAN

26.1 Mesyuarat Majlis Tertinggi hendaklah dihadiri oleh :

i) Yang Dipertua

Ii) Timbalan Yang Dipertua

iii) Setiausaha Agung

iv) Bendahari Kehormat

FASAL 27 : PERJALANAN MESYUARAT

27.1 Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi diadakan mengikut keperluan.

27.2 Boleh diadakan dengan kehadiran 3/4 Majlis Tertinggi.

FASAL 28 : KUASA

28.1 Membuat keputusan segera bagi pihak PERSADA Madinah.

28.2 Menyelesaikan masalah yang tidak perlu dirujuk kepada mesyuarat AJK BP.

28.3 Meluluskan sebarang ketetapan dan anggaran belanjawan.

28.4 Bertindak sebagai badan penyelaras utama PERSADA Madinah.

28.5 Berhak menjemput penaung, penasihat, AJK BP, AJK Badan, dan ahli PERSADA Madinah untuk menghadiri mesyuarat.

28.6 Melantik keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menjalankan proses pemilihan AJK BP.

BAB 8 : MESYUARAT TERGEMPAR

FASAL 29 : PERJALANAN MESYUARAT

29.1 Boleh diadakan dengan kehadiran 1/3 ahli PERSADA Madinah.

29.2 Surat panggilan mestilah diedarkan oleh pihak penganjur paling lewat dua hari sebelum mesyuarat diadakan.

29.3 Agenda mesyuarat mestilah diedarkan paling lewat sehari sebelum mesyuarat diadakan.

FASAL 30 : KUASA

30.1 Berkuasa melantik seorang pengerusi , dua orang setiausaha mesyuarat dan dua orang pembilang undi.

30.2 Berhak menambah, meminda, menggubal perlembagaan PERSADA Madinah

30.3 Berkuasa meluluskan sesuatu ketetapan dengan persetujuan melebihi 1/2 ahli mesyurat.

BAB 9 : KEWANGAN

FASAL 31 : PENDAPATAN KEWANGAN PERSADA MADINAH

31.1 Yuran tahunan ahli berjumlah 100 SAR seorang.

31.2 Perolehan dan keuntungan sebarang projek PERSADA Madinah.

31.3 Derma atau sumbangan.

FASAL 32 : PENGELUARAN WANG

32.1 Segala pengeluaran wang PERSADA Madinah diputuskan oleh MT PERSADA Madinah.

FASAL 33 : ELAUN AJK BP

33.1 Setiap AJK BP PERSADA Madinah diberi saguhati perkhidmatan sebanyak 200 SAR bagi satu sesi kepimpinan.

BAB 10 : PINDAAN & TAFSIRAN PERLEMBAGAAN

FASAL 34 : PINDAAN

34.1 Penambahan dan pindaan perlembagaan PERSADA Madinah hanya boleh diluluskan

melalui MAT dan Mesyuarat Tergempar setelah diperbahaskan

34.2 Sebarang penggubalan perlembagaan PERSADA Madinah hendaklah dikemukakan dahulu kepada AJK BP sebelum diketengahkan ke MAT ataupun ke Mesyuarat Tergempar.

34.3 Penambahan, pindaan, atau penggubalan perlembagaan hendaklah dibukukan di dalam buku perlembagaan baru dan diedarkan kepada ahli ketika MAT atau sebelumnya mengikut budi bicara Setiausaha Agung.

34.4 Keputusan MAT atau Mesyurat Tergempar mengenai perlembagaan adalah muktamad.

34.5 Sebarang pindaan perlulah mendapat persetujuan melebihi 1/2 ahli MAT atau Mesyuarat Tergempar.

FASAL 35 : TAFSIRAN PERLEMBAGAAN

35.1 Segala tafsiran perlembagaan diserahkan kepada kebijaksanaan Majlis Tertinggi PERSADA

BAB 11 : PEMBUBARAN

FASAL 36 : SEBAB-SEBAB PEMBUBARAN

36.1 Pembubaran PERSADA boleh berlaku dengan sebab-sebab yang berikut :

i) Arahan tegas dari Kerajaan Saudi supaya diberhentikan pergerakan.

ii) Tiada pelajar Malaysia yang belajar di Madinah.

iii) Desakan 3/4 ahli PERSADA Madinah untuk diadakan pembubaran.

FASAL 37 : CARA-CARA & TUNTUTAN PEMBUBARAN

37.1 Pembubaran PERSADA Madinah boleh dilakukan dengan persetujuan 3/4 ahli

PERSADA Madinah

37.2 Pembahagian kewangan PERSADA Madinah dan hartanya setelah ditolak hutang akan ditentukan oleh MAT atau mesyuarat tergempar. Sekiranya PERSADA Madinah masih lagi menanggung hutang, maka seluruh ahli PERSADA Madinah bertanggungjawab menjelaskannya.

Huraian kependekan:

1. PERSADA Madinah: Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi cawangan Madinah

2. MAT: Mesyuarat Agung Tahunan

3. AJK BP: Ahli Jawatankuasa Badan Pengurus

4. MT: Majlis Tertinggi

5. YDP: Yang Dipertua

6. TYDP: Timbalan Yang Dipertua

7. SPR: Suruhanjaya Pilihan Raya

8. SAR: Saudi Arabia Riyal