Permohonan Universiti Islam Madinah

MAKLUMAT DAN SYARAT PERMOHONAN
UNIVERSITI ISLAM MADINAH AL-MUNAWWARAH

Maklumat ini disediakan oleh Admin Facebook ‘Maklumat UIM’ dan disahkan oleh Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi Cawangan Madinah.

PENDAHULUAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya, kami dapat
melaksanakan sedikit usaha ini untuk membantu para pemohon Universiti Islam
Madinah Al-Munawwarah melaksanakan permohonan secara online. Kami cuba
sedaya upaya untuk menyampaikan maklumat dan memberi penjelasan yang lebih
terperinci mengenai cara-cara memohon bagi memudahkan urusan permohonan
secara online.

•••

Buat pengetahuan para pemohon, PDF ini telah dikemaskini
maklumatnya dari PDF yang sebelum ini. Pemohon hendaklah membaca keseluruhan
maklumat dalam dokumen PDF ini bagi mendapatkan penjelasan yang jelas dan
mengelakkan kekeliruan yang mungkin berlaku. Insya Allah maklumat ini cukup dan
sebahagiannya kami ambil dari website Universiti Islam Madinah sendiri seterusnya
menterjemahkannya kepada bahasa Melayu. Semoga ianya bermanfaat dan
membantu semua para pemohon.

PENGENALAN RINGKAS

Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah terletak di Madinah Al-Munawwarah, Arab

Saudi. Universiti ini telah diasaskan pada 6 September 1961. Universiti Islam Madinah

Al-Munawwarah bertujuan melahirkan para pendakwah berilmu yang bertunjangkan

manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.

•••

Terdapat 5 buah kuliah yang ditawarkan di

Universiti Islam Madinah Al- Munawwarah iaitu:

1.Kuliah Al-Quran (كلية القران والدراسات الإسلامية)

2.Kuliah Hadis (كلية الحديث والدراسات الإسلامية)

3.Kuliah Syari’ah (كلية الشريعة)

4.Kuliah Dakwah & Usuluddin (كلية الدعوة وأصول الدين)

5.Kuliah Bahasa Arab (كلية اللغة)

•••

Para pelajar bebas memilih kuliah yang diminati apabila permohonan telah diterima berdasarkan syarat yang telah ditetapkan. Selain itu, Universiti Islam Madinah juga menawarkan pembelajaran asas bahasa Arab di Maahad Lughah Li Ghairi Nathiqina Biha (معهد اللغة لغير الناطقين بها) bagi mereka yang belum menguasai bahasa Arab dengan baik. Maahad Lughah Li Ghairi Nathiqina Biha ini khusus buat mereka yang diterima belajar di Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah sahaja dan persediaan untuk ke Ijazah Sarjana Muda.Tempoh pengajian di kuliah adalah 4 tahun manakala di Maahad paling maksimum adalah 2 tahun.

 

SYARAT KELAYAKAN

  1. Pemohon mestilah mempunyai perilaku yang baik.
  2. Pemohon mestilah berjanji untuk mematuhi peraturan-peraturan universiti.
  3. Pemohon mestilah berada dalam keadaan yang sihat. 
  4. Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pendidikan Menengah Umum (GCSE) atau
    yang setara, dari dalam atau luar Kerajaan Saudi Arabia. (SPM) 
  5. Sijil mestilah dikeluarkan oleh sekolah kerajaan atau swasta yang diiktiraf. 
  6. Pemohon haruslah berdedikasi untuk menghabiskan pengajian. 
  7. Sijil SPM mestilah tidak lebih dari 5 tahun selepas ia dikeluarkan. 
  8. Pemohon mestilah berumur tidak lebih dari 25 tahun ketika memohon. 
  9. Pemohon yang ingin memohon Kuliah Al-Quran mestilah telah menghafal 30 juzu’
    Al-Quran.
  10. Pemohon mestilah mematuhi syarat lain yang ditentukan oleh pihak universiti.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mestilah diterjemah ke dalam bahasa Arab di Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB). (Rujuk Gambar 1)
  2. Sijil Kelahiran / Surat Beranak mestilah diterjemah ke dalam bahasa Arab di ITNMB. 
  3. Passport 
  4. Kad Pengenalan (Terjemahan Bahasa Arab). (Rujuk Gambar 4
  5. Sekeping gambar berukuran Pasport berwarna bersaiz (6×4). Gambar yang diambil haruslah tanpa memakai cermin mata dan latar belakang gambar mestilah berwarna putih. (Gambar mesti diimbas) 
  6. Surat sokongan atau tazkiah (Recommendation) sekurang-kurangnya daripada dua orang lepasan Universiti Arab Saudi yang dikenali oleh pihak universiti atau surat sokongan daripada mana-mana institusi Islam seperti Majlis Agama Islam, Yayasan Islam, Jabatan Mufti dan sebagainya. (Rujuk Gambar 5&6
  7. Borang / Surat Pemeriksaan Kesihatan (Medical Report) yang membuktikan bahawa pemohon berada dalam keadaan yang sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit berjangkit. Pihak universiti tidak akan menerima pelajar yang didapati mempunyai penyakit seperti Hepatitis ataupun penyakit berjangkit yang lain

 *Borang Pemeriksaan Kesihatan / Medical Report boleh didapati di halaman akhir sekali. (Borang Kedutaan Arab Saudi)

*Pemeriksaan Kesihatan boleh dilakukan di mana-mana hospital atau klinik kerajaan atau swasta. Pemohon juga boleh menggunakan borang pihak hospitalatau klinik tersebut bagi memudahkan pemohon. (Rujuk Gambar 3).

*Pemeriksaan Kesihatan hanya dilakukan untuk pemeriksaan biasa (Basic Medical check-up).Pemohon tidak perlu melakukan pemeriksaan penuh sepertidalam borang pemeriksaan kesihatan Arab Saudi.

          8. Sijil Memeluk Agama Islam (Jika ada)

          9. Surat Akuan dari sekolah (Certificate of Good Conduct) bahawa pemohon adalah berkelakuan baik (dalam bahasa Arab). (Rujuk Gambar 4)

        10. Sertakan sebanyak mungkin sijil-sijil yang berkaitan yang ada dalam bahasa Arab seperti STAM atau sijil kolej dan sebagainya.

*Semua dokumen asal dan terjemahan mestilah diimbas dengan menggunakan

scanner supaya ia berwarna sebelum mula memohon secara online.

NOTA TAMBAHAN

1. Pemohon mestilah mengimbas dokumen-dokumen asal bersama terjemahan dengan menggunakan scanner supaya ia berwarna.

2. Pemohon mestilah melampirkan terjemahan yang ditulis dalam Bahasa Arab oleh penterjemah yang baik.

3 . Jika ada kesalahan pada dokumen asal pemohon (seperti nama, tarikh lahir, tempat lahir dll), pemohon harus memperbaiki kesalahan tersebut dengan pihak berkuasa yang berkenaan sebelum menghantar permohonannya. Ini kerana pihak universiti tidak akan membenarkan maklumat ini dibetulkan semula setelah pemohon mendaftar masuk.

4. Permohonan WAJIB dibuat secara online samada pemohon menghadiri sesi temuduga atau tidak.

* Pemohon yang INGIN menghadiri sesi temuduga di Universiti Islam Madinah samada telah memohon secara online atau tidak, mestilah menyediakan salinan Visa, salinan Pasport dan 2 keping gambar.

* Bagi pemohon yang telah memohon secara online, pemohon dikehendaki menyertakan salinan nombor aplikasi (Application Number) yang telah dicetak semasa melakukan permohonan secara online sebagai bukti permohonan telah dibuat semasa menghadiri sesi temuduga.

* Pihak Universiti akan memberi nombor aplikasi bagi pemohon yang menghadiri sesi temuduga, dan nombor aplikasi tersebut mestilah digunakan ketika memohon secara online.

* Sesi temuduga di Malaysia akan diadakan sekiranya pihak Universiti menghantar wakil mereka. Tarikh dan waktuya tidak ditetapkan oleh pihak universiti. Jika temuduga diadakan di Malaysia, pemohon yang ingin menghadirinya mestilah memohon secara online terlebih dahulu.

5. Selepas membuat terjemahan dokumen, cop daripada Kementerian Luar Negeri (WISMA PUTRA) TIDAK PERLU DILAKUKAN untuk di peringkat permohonan.

6. Terjemahan dokumen hanya boleh dibuat di ITBM Wangsa Maju seperti dalam alamat. Tempoh terjemahan dokumen ialah di antara 3-5 hari bekerja. Harga dokumen adalah seperti berikut:

SPM – RM 50 per dokumen

SURAT BERANAK – RM 50 per dokumen

STAM / STPM – RM 80 per dokumen

Dokumen-dokumen lain – RM 120 per dokumen

*Harga mungkin berubah mengikut keadaan.

*Setelah lengkap semua dokumen-dokumen di atas, sila layari laman web Universiti

Islam Madinah Al-Munawwarah untuk proses permohonan secara online

http://admission.iu.edu.sa/

PERINGATAN !

*Sila print helaian akhir yang mempunyai nombor aplikasi permohonan anda dan simpan untuk kegunaan pada masa akan datang.

*Nama-nama pelajar yang diterima biasanya akan di umumkan pada bulan Ogos atau September bergantung pada pihak universiti.

*Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi (PERSADA) akan turut membantu menguruskan urusan pendaftaran pelajar Insya Allah.

* Tarikh tutup memohon secara online adalah bergantung pada pihak Universiti, kebiasaannya pada bulan Mac. Tarikh tutup bermakna ia ditutup hanya untuk pengambilan tahun itu, dan masih terbuka untuk tahun berikutnya kerana pengambilan pelajar diambil hanya setahun sekali. Justeru, pemohon diminta untuk memohon secepat mungkin dan tidak menunda permohonan agar nama pemohon tidak dibawa pada tahun berikutnya.

(Sila rujuk website ketika memohon secara online untuk mengetahui tahun permohonan itu dibuat)

GAMBAR 1

CONTOH TERJEMAHAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

GAMBAR 2

CONTOH TERJEMAHAN SURAT AKUAN BAIK DARIPADA SEKOLAH

GAMBAR 3

CONTOH BORANG PEMERIKSAAN KESIHATAN DARIPADA KLINIK SWASTA.

GAMBAR 4

CONTOH TERJEMAHAN KAD PENGENALAN (IC)

GAMBAR 5

CONTOH SURAT TAZKIYAH (RECOMMENDATION) DARIPADA KEDUTAAN ARAB SAUDI

GAMBAR 6

CONTOH SURAT TAZKIYAH (RECOMMENDATION) DARIPADA JABATAN MUFTI NEGERI

GAMBAR 7

BORANG MEDICAL CHECKUP

Sebarang Persoalan, Hubungi Kami Di:

Anda Juga Boleh Muat Turun PDF Ini Sebagai Panduan: