Tinta Yang Di-Pertua

TINTA YANG DIPERTUA

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah. Selawat dan Salam ke atas junjungan baginda Rasulullah Sollallahu’alaihi wassalam, para sahabat baginda dan seluruh yang mengikuti jalan yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah.

•••

Alhamdulillah, selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) yang diadakan pada 3 November yang lepas dan menyaksikan partisipasi yang baik dari ahli PERSADA. Sesungguhnya MAT yang diadakan merupakan medan muhasabah bersama yang baik dan ruang untuk ahli PERSADA memberi kritikan dan cadangan serta lontaran idea untuk memacu perjalanan PERSADA yang lebih baik.

•••

Saya mewakili barisan kepimpinan PERSADA yang baru sesi 2018/19 dengan rendah diri mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua ahli PERSADA yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menghidupkan komuniti atau keluarga PERSADA yang sudah kita bina bersama.

•••

Sesungguhnya amanah merupakan taklif iaitu tanggungjawab yang harus kami pikul, jauh sekali merasakan ianya sebagai tasyrif iaitu kemuliaan untuk dibangga-banggakan.

•••

Mudah mudahan kami mampu menjaga amanah yang diberikan ini dengan jayanya kerana ia akan disoal di akhirat kelak.

•••

Pimpinan dan ahli tidak boleh dipisahkan kerana tanpa ahli tidak mungkin wujudkan pimpinan . Dengan itu , saya mengharapkan agar ahli PERSADA dapat bersama sama bersama kami dalam menggerakkan PERSADA untuk sesi ini kerana tanpa ahli siapalah PERSADA ini .

•••

Setiap kita saling melengkapi dan memperkuat antara satu sama lain sejajar dengan pesan baginda Rasulullah bahawa Mukmin itu ibarat satu binaan, saling kita memperkuatkan di antara yang lain !

•••

Sahabat sekalian, kemuliaan untuk dipilih berada di Madinah, sewajarnya kita sama-sama manfaatkan. Bumi ini yang dahulunya Rasulullah dan para sahabat mengerah tenaga menegakkan agama ini. Bumi yang mewarisi atsar dan sunnah melalui lisan dan tinta para Ilmuwan ini menjadi persinggahan kita semua dalam merealisasikan pesanan agung baginda Rasulullah S..A.W :

” Sesiapa yang menempuh jalan menuntut Ilmu, maka Allah telah permudahkan baginya jalan menuju ke Syurga ” (Riwayat Muslim, Abu Dawud)

•••

Akhir kata, saya mewakili barisan kepimpinan sesi 2018/19 membuka ruang kepada para mahasiswa ahli PERSADA untuk memberi sebarang cadangan bagi sesi yang baru ini agar sekurangnya kami dapat meneka hasrat yang diimpikan bersama untuk perjalanan keluarga besar PERSADA Madinah ini.

Yang benar,

Abdul Hakim Nazrullah bin Roslan
Yang Dipertua
Persada Cawangan Madinah
Sesi 2018/2019