Tokoh Alumni Universiti Islam Madinah

Biodata Ringkas Alumni Malaysia
UNIVERSITI ISLAM MADINAH

PROF MADYA DATO' DR MOHD RADZI OTHMAN

Latar Belakang Pendidikan

  • B.A (Kuliah Ad-Dakwah Wa Usuluddin), Universiti Islam Madinah, Arab Saudi, 1976
  • M.A (Hadith), Universiti Islam Madinah, Arab Saudi, 1981
  • Ph.D (Hadith), Universiti Islam Madinah, Arab Saudi, 1986

Jawatan Dan Sumbangan Dalam Bidang Akademik

  • Prof Madya Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Januari 1993. (Bersara daripada perkhidmatan 27/12/2007. Berkhimat semula secara kontrak 28/12/2007 – 27/12/2010)
  • Ahli Lembaga Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 1986 – Sekarang
  • Ahli mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, 1/6/1990 – 31/12/1998
  • Ahli Haiah Ulama Malaysia 1994 – Sekarang, Tajaan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
  • Penasihat Syariah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, 1 September 2005 – 31 Mac 2011
  • Tokoh Ma’al Hijrah Negeri Perlis 1427, (2/2/2006)
  • Tokoh Dakwah USM 1427 (2006)

 

DR AHMAD NAJIB BIN ABDULLAH

Latar Belakang Pendidikan

  • B.A (Hons) (Sarjana Muda Dakwah Dan Usuluddin), Universiti Islam Madinah, Arab Saudi (1989)
  • M.A (Sarjana Tafsir), Universiti Islam Madinah, Arab Saudi (1994)
  • Ph.D, Universiti Islam Madinah, Arab Saudi, (1999)

Jawatan Dan Sumbangan Dalam Bidang Akademik

  • Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Nilam Puri
  • Panel pakar akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  • Ahli Panel JAKIM

DR AZWIRA ABDUL AZIZ

Latar Belakang Pendidikan

  • B.A (Sarjana Muda Hadith Dan Pengajian Islam), Universiti Islam Madinah, Arab Saudi, 1992
  • M.A Sarjana, Usuluddin/Hadith, Universiti Jordan (1996)
  • Ph.D Doktor Falsafah, Al-Quran Dan Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia (2015)

Jawatan Dan Sumbangan Dalam Bidang Akademik

  • Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Al-Quran Dan As-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis

DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

Latar Belakang Pendidikan

  • Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu (1965-1968)
  • B.A Sarjana Muda (Syariah), Universiti Islam Madinah, Arab Saudi, (1969-1973)
  • .M.A Sarjana Siyasah Syar’iyyah (Sains Politik) Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir (1974-1976)

Jawatan Dan Sumbangan Dalam Bidang Akademik

  • Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) (2003-sekarang)
  • Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (2004 – Sekarang)
  • Menteri Besar Terengganu (1999-2004)
  • Ahli Parlimen Marang (2003 – sekarang)
  • Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Rhu Rendang 

DATO' DR FATHUL BARI MAT JAHYA

Latar Belakang Pendidikan

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau (1993-1995)
  • Maahad Tahfiz Al-Quran, Negeri Terengganu (1996-1999)
  • Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1999-2000)
  • B.A (Sarjana Muda Hadith Dan Pengajian Islam), Universiti Islam Madinah, Arab Saudi, (2002 – 2004)
  • M.A Sarjana Usuluddin (Hadith), Universiti Yarmouk, Jordan(2005 – 2006)
  • Ph.D Doktor Falsafah, Quran Sunnah (Hadith), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2007 – 2013)

Jawatan Dan Sumbangan Dalam Bidang Akademik

  • Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Ilmuan Malaysia (Ilmu)
  • Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
  • Pengerusi Biro Pemudia IPT Pemuda UMNO Malaysia
  • Sukarelawan dan perunding korperat bagi Pusat Perunding YaPEIM (PPY)

ALMARHUM DATO HAJI HARUN BIN TAIB

Latar Belakang Pendidikan

  • B.A Sarjana Muda (Usuluddin), Universiti Islam Madinah, Arab Saudi
  • M.A (Sarjana Siasah Syar’iyyah) (Sains Politik), Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir

Jawatan Dan Sumbangan Dalam Bidang Akademik

  • Mantan Timbalan Pesuruhjaya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu
  • Mantan Yang Di-Pertua PAS Hulu Terengganu
  • Exco Kanan Jawatankuasa Pendidikan Dakwah Dan Pelaksanaan Undang-Undang Syariah Terengganu (1999 – 2004)
  • Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Manir (2004 – 2013)

USTAZ HUSSAIN YEE

Latar Belakang Pendidikan

  • B.A (Sarjana Muda Hadith Dan Pengajian Islam), Universiti Islam Madinah, Arab Saudi, (1972 – 1978)
  • M.A, Damsyiq, Syria (1978 – 1979)

Jawatan Dan Sumbangan Dalam Bidang Akademik

  • Pengasas Dan Presiden Yayasan Al-Khadeem, Malaysia
  • Penasihat kepada Pertubuhan Imigrant Kemboja di Paris
  • Penasihat kepada Pendakwah di PERKIM (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia)
  • Direktor kepada Pusat Islam Hong Kong (Da’wah For The Islamic Center In Hong Kong)v(1984 – 1985)
  • Banyak membrikan ceramah di kawasan Asia-Pasifik, Timur Tengah Dan Eropah
  • Sering diundang ke media Islam peringkat global seperti Peace TV yang diasaskan teman rapatnya Dr Zakir Naik, dan juga TV Islam Channel London, Iqra TV dan TV Bahrain 

DR ABDULLAH YASIN

Latar Belakang Pendidikan

  • B.A (Pendidikan), Institut Agama Islam Pekan Baru, Indonesia, 1970
  • L.C (Dakwah Dan Usuluddin), Universiti Islam Madinah, Arab Saudi, 1976
  • M.A (Perbandingan Ilmu Fiqh), Universiti Imam Mohammad Ibnu Sa’ud, Riyadh, Arab Saudi, 1980
  • Ph.D (Islamic Study) American Coasaline University New Orleans, Lousiana

Jawatan Dan Sumbangan Dalam Bidang Akademik

  • Unit Dakwah Islamic Cauncelor, Kedutaan Arab Saudi Kuala Lumpur (1980 – Sekarang)
  • Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis

DATO’ DR ABDUL BASIT BIN ABDUL RAHMAN

Latar Belakang Pendidikan

  • Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan
  • B.A (Syariah), Universiti Islam Madinah, Arab Saudi, 1995
  • M.A (Syariah), Universiti Islam Madinah, Arab Saudi, 2000
  • Ph.D (Syariah), Universiti Islam Madinah, Arab Saudi, 2005

Jawatan Dan Sumbangan Dalam Bidang Akademik

  • Penyelia Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan
  • Mantan Panel Penasihat Dakwah, Kerajaan Negeri Kelantan, Tahun 1428H – 1429H
  • Pensyarah di Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
  • Pembimbing kepada jemaah Haji Ash-Har Travel & Tour Sdn Bhd
  • AJK PERKIM Negeri Kelantan (2008, 2010, 2014)
  • Ahli NGO ‘Murshid’

SAHIBUS SAMAHAH DATUK DR ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

Latar Belakang Pendidikan

  • Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu (1985 – 1988)
  • B.A (Syariah), Universiti Islam Madinah, Arab Saudi, (1989 – 1993)
  • M.A (Syariah), Universiti Ulum Al-Islamiah Wal-Arabiah, Damsyiq, Syria (1994 – 1997)
  • Ph.D (Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan – School Of Humanities), Universiti Sains Malaysia (2002 – 2004)

Jawatan Dan Sumbangan Dalam Bidang Akademik

  • Mufti Wilayah Persekutuan (2014 – sekarang)
  • Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan
  • Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadah Haji (TH – JAKIM_
  • Panel Kajian Syariah, JAKIM 2011
  • Panel Penasihat Fakulti Syariah Dan Undang-Undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia, USIM
  • Majlis Dakwah Negara (MDN) 2014/2016 oleh Yayasan Dakwah Islamiyyah Malaysia (YADIM)
  • Ahli ISRA (International Shariah Research Academy For Islamic Finance) Council Of Scholars
  • Ahli Lembaga Pengawalan Dan Perlesenan Percetakan Al-Quran (LPPPQ), Kementerian Dalam Negeri
  • Felo Dakwah YADIM
  • Penyelia Bersama Untuk Pelajar Ijazah Doktor Falsafah (UTM)

PROF DR ASHRAF BIN MD HASHIM

Latar Belakang Pendidikan

  • B.A (Syariah), Universiti Islam Madinah, Arab Saudi
  • M.A (Fiqh dan Usul Fiqh), Universiti Jordan
  • Ph.D (Undang-Undang Islam – Islamic Law), Universiti Birmingham, United Kingdom

Jawatan Dan Sumbangan Dalam Bidang Akademik

  • Pengerusi Komuti Syariah, Bursa Malaysia
  • Ketua Pegawai Eksekutif ISRA Consultancy
  • Penyelidik Kanan Akademi Penyelidikan Antarabangsa bagi Kewangan Islam (ISRA)
  • Profesor Pusat Pendidikan Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (INCEIF)
  • Anggota Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (MPS BNM)
  • Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam dan Profesor (Syariah) di INCEIF
  • Timbalan Presiden Persatuan Penasihat Syariah Kewangan Islam Malaysia 

PROF MADYA DR AZMAN MOHD NOOR

Latar Belakang Pendidikan

  • B.A (Syariah), Universiti Islam Madinah, Arab Saudi, 1997
  • M.A (Undang – Undang Jenayah Islam), Universiti Kebangsaan Malaysia, 2000
  • M.A (Muamalat – Undang-undang Islam Transaksi), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 2001
  • Ph.D (Undang-undang Islam), Universiti Of Edinburgh, Scotland (2005)

Jawatan Dan Sumbangan Dalam Bidang Akademik

  • Timbalan Pengerusi, Lembaga Syariah, Al-Rajhi Bank Malaysia
  • Pengerusi Jawatankuasa Syariah, AM Takaful Keluarga
  • Panel Pakar MQA dalam Muamalah dan Perbankan Islam
  • Panel Pakar dalam Fiqh Muamalat, Dewan Bahasa Dan Pustaka
  • Pensyarah Kanan, Institut Perbankan dan Kewangan Islam, UIAM
  • Ketua Jabatan, Jabatan Fiqh Dan Usul-Fiqh, Kuliah Ilmu Wahyu Dan Sains Kemanusiaan, UIAM (2014-2015)
  • Pensyarah Perundangan Islam dan Kewangan Islam
  • Penyelia pelajar Master dan PhD dalam bidang perbankan Islam dan pasaran modal di Jabatan Fiqh dan institut Perbankan dan kewangan islam, UIAM

..Dan Ramai Lagi Lepasan Universiti Islam Madinah Yang Sudah Berbakti Di Tanah Air Dalam Pelbagai Bidang Demi Memartabatkan Agama Islam.

Sebarang Info Tambahan Berkenaan Alumni Universiti Islam Madinah, Sila Ke Akaun Facebook Berikut :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *