Visi, Misi Dan Objektif PERSADA

VISI, MISI DAN OBJEKTIF PERSADA

[ Visi ]

“Membentuk Mahasiswa Berilmu”

[ Misi ]

Menggapai visi persatuan melalui program-program yang berkisarkan misi-misi berikut:

(1)

MANHAJ

Menerapkan MANHAJ Ahli Sunnah Wal-Jamaah

(2)

KEBAJIKAN

Mengutamakan KEBAJIKAN Ahli

(3)

UKHUWWAH

Mengeratkan UKHUWWAH Sesama Ahli

(4)

BUDAYA ILMU & AKADEMIK

Memaksima BUDAYA ILMU Dan Pencapaian AKADEMIK Ahli

(5)

POTENSI & KEMAHIRAN

Memanfaatkan POTENSI Dan KEMAHIRAN Ahli

[ Objektif ]

• Promosi manhaj Ahli Sunnah berdasarkan kefahaman Salaful Ummah.

• Manhaj Talaqqi dan Istidlal sebagai teras dalam proses menuntut ilmu di Madinah.

• Kefahaman manhaj sebagai prinsip yang mendidik mahasiswa Muslim berakhlak.

• Manhaj Salaf sebagai metodologi yang membentuk mahasiswa agar kritis dalam berfikir.

• Membentuk ahli yang berkebajikan melalui aktiviti rasmi mahupun tidak

• Mengutamakan urusan kebajikan ahli berbanding urusan-urusan lain.

• Gerakkan kesedaran ahli agar bersikap cakna dan bertanggungjawab terhadap komuniti.

• Memahami ukhuwwah sebagai tunjang dalam membina kesatuan dalam komuniti.

• Membentuk ikatan persaudaraan yang berteraskan Aqidah Islamiyyah.

• Mengutamakan aktiviti yang bersifat kemasyarakatan seperti gotong royong.

• Mengeratkan hubungan antara mahasiswa Malaysia dan luar khususnya ASEAN.

• Perkukuh Bahasa Arab dalam kalangan mahasiswa.

• Memfokuskan kelas di kuliah sebagai tujuan utama pembelajaran di Madinah.

• Menggerakkan kesedaran terhadap kelebihan menuntut ilmu di Madinah khususnya kelas-kelas pengajian di Masjid Nabawi.

• Memandu mahasiswa berkaitan disiplin asas yang utama dalam setiap bidang ilmu.

• Berusaha mencungkil potensi dan bakat ahli untuk manfaat ramai.

• Merancang aktiviti mahasiswa yang melatih kemahiran dan softskill

• Melahirkan mahasiswa Madinah yang aktif, berkemahiran dan terkedepan.